Monday, 5 August 2013
08:40
Assalamualaikum .peace


Ambil masa kau untuk baca ni,ini semua apa yang terlintas dalam fikiran aku,mungkin ada juga yang terfikirkan benda yang sama,tak apa .

Siapa yang kawal iman kita sendiri ? Kalau bukan kita ? Sekuat mana iman kita ? Tanya diri sendiri,aku sendiri tak dapat jawapan untuk soalan tu,aku tahu kau pun tak boleh . Kadang-kadang kau pernah tak terfikir nak buat baik,kau teringin nak buat benda baik ,tapi ada  perasaan yang halang kau . contoh ;-

Kau nak solat,tapi kau malas,malas nak bangun,malas nak ambil wudu' . Kau lambat-lambatkan waktu,sudahnya tak solat lansung.Kau rasa menyesal,tapi kau ulang balik esok . Seolah-olah rasa menyesal kau tu tak berguna .

Kau insaf,kau berdoa,sampai menitis air mata kau meminta ampun,tapi esok kau masih melakukan maksiat . Apa guna air mata tu ? Kau menangis kerana ikhlas,tapi keikhlasan kau tu dalam ketegori apa ?

Berperangan dengan iman,itu yang boleh aku cakap sekarang . Kau nak buat baik,tapi halangan nya cukup kuat,kau berperang dengan iman kau untuk mendapatkan keputusannya ,sama ada kau nak buat perkara baik atau sebaliknya .

Persoalannya,berapa kali kau kalah dalam peperangan tersebut,dan berapa kali kau dah menang ? Kalau kau menang,sekuat mana kau nak  pertahanakan kemenangan tersebut,kalau kau kalah,sampai bila kau nak kalah ? Sampai bila ? 




Aku hanya manusia biasa yang suka menulis perihal kehidupan dan perasaan aku Adamzailani { }




follow

blog archive
credits
©2014 - Skin by Wanaseoby. Some pictures from Weheartit . Cute images taken from cute secrets . TQ
thedeadmoon